Wangsa Hasyimiah pada hari ini Wangsa_Hasyimiah

Mutakhir ini, sudah diketahui bahawa keturunan Wangsa Hasyimiah yang masih mengamalkan sistem monarki secara sah dan turun temurun hanyalah negara Jordan. Namun begitu, keturunan ini yang juga sinonim dalam dunia Islam sebagai keturunan Nabi Muhammad telah melata di banyak negara-negara Islam utama seperti Jordan, Yemen, dan Turkey. Kebanyakkan keturunan dan kerabat Wangsa Hasyimiah yang menduduki negara-negara ini memakai gelaran Sayyid. Keluarga DiRaja Kesultanan Sulu mendakwa diri mereka adalah turun-temurun dari keturunan Wangsa Hasyimiah di Sulu, Filipina. Dimana Sulu mempuyai populasi Islam teramai di Filipina. Banyak ahli keturunan Bani Hashim telah bertebaran diseluruh dunia, namun pada hari ini tidak banyak rekod berdaftar yang dapat mengesahkannya. Keluarga DiRaja Maghribi juga mendakwa mereka adalah keturunan dari Imam Ali, tetapi mereka tidak mengunakan Wangsa Hasyimiah sebagai nama dinasti mereka.